Assalam...
Masa begitu cepat berlalu. Dah 51 hari umur Irsyad. Dah macam-macam perangai. Aku cuba fahami semua gerak & bahasa tangisannya, walau kekadang aku terus dilanda misteri kerana tak tau sebab musabab tangisan Irsyad.
Malam tadi Irsyad tidur lena sehinggalah pukul 1 am. Dia dah mula merengek. Aku dah tak larat. Pukul 4 ++ am, aku minta suami yg temankan Irsyad. Aku sedar semula waktu subuh sebab Irsyad minta susu. Dia kemudian tidur semula. Kesimpulannya, hari ke-51 bermula dengan baik sekali.
Arjunaku...Muhammad Irsyad Iman |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.