Alhamdulillah, hari ni boleh keluar wad. Dah kencing, berak semua. Makan pun lalu. Kali ni aku berani belasah sup ayam yg dihidangkan sebab bagi aku, nanah semua tu terhasil dari jangkitan kuman, bukan dari apa yg kita makan. Ayam tu bagus sebab ia sumber protin. Boleh gitu. Aku berserah je le.
Tengah tunggu dokumen disiapkan utk discharge. Petang le baru leh settle tu. Tadi, sms suami minta belikan set bersalin Normal Anugerah, siap tulis harga lagi. Dia pi bantai beli set medium. Geramnya aku. Dah le mahai sepasal, ada 2 benda yg tak akan digunakan dlm tu iaitu air selusuh & bengkung. Itu le, dah bagi panduan tak mau ikut.
Suami juga belikan Air Anugerah dan Pati Haruan Hawany. Dia carikan ikan haruan hidup tapi tak ada. Gitu le selalunya, bila aku tak bersalin, berlambak dimerata-rata. Bila aku bersalin dan perlukan ikan tu, haram tak de. Nasib le.
Tak sabar nak tunggu suami datang utk tengok baby. Sebelum ni aku ada bagi teka-teki pasal jantina baby aku, kan. Leh rujuk sini. Kat sini aku bagi jawapannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Arjuna beta yg masih belum diberi nama... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.