Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Rabu, 26 Mac 2014

Kehadiran Tak Bererti

Assalam...


Bila hati tersentuh, mula le nak bermelankolia. Izinkan aku, ye.

Terang-terang dikatakan kalau adik aku ada, best....sebab boleh & senang bawa dia berjalan ke mana-mana. Aku ni jenis penakut nak bawa kerete ke tempat yg aku tak biasa. Kat Terengganu ni, tak pernah lagi aku drive jauh-jauh dari kawasan taman ni. Nak ke mana-mana, kena harap kat suami aku. Itu yg bagi dia, aku ni tak best.

Dlm keadaan aku ngandung ni, langsung aku tak berjalan ke mana-mana, termasuk le bawa dia jalan-jalan. Lagipun, suami sibuk kendalikan sesi interview dgn bekas pelajarnya utk tujuan CQI silibus pengajian.

Dah banyak aku buat, 'melabur' itu ini. Tapi, bila dah org tak suka, buat apa pun org tak pandang. Lagipun, aku ni kasar sikit berbanding adik aku. Lagi le jauh panggang dari api. Aku selalu rasa disisih dari dulu hingga sekarang. Tak apalah. Kau kuatkanlah hati aku ini, ya Allah. Aku tak berdaya utk menyenangkan hati semua org. Agaknya, bila aku dah tiada, baru dia nampak kebaikan & ke'best'san aku. Heeemmmm....

Sampai sini dulu. Daaahhh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.