Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Sabtu, 28 Disember 2013

Kemboja Hari Pertama (6 Disember 2013)

Assalam....
Dah 2 minggu aku balik dari Kemboja, baru kini nak post citer. Malas betul le, weehhh!!! Gini citernya.

Trip kami ke Kemboja dari 6 Dis - 13 Dis 2013. Aku & 2 org rakan dari ofis bertolak ke KL dgn flight pukul 8.45 pm. Flight kami ke Phnom Penh (PP) pula pukul 7.45 am. Makanya, bermalam le kami di cafe LCCT tu.

Kami tiba di Lapangan Antarabangsa PP lebih kurang pukul 10.00 am waktu tempatan. Kami berkumpul di Restoran Vietnamese Pho Noodle utk bersarapan sambil tunggu seorang lagi sukarelawan.

Aku dan sebahagian sukarelawan Siem Riep Charity Project
Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh
Makanan halal pertama kami di Kemboja. Aku makan mee je.

Setelah lama menunggu, yg ditunggu dah tiba, 11.30 pm barulah kami bergerak ke stesen bas utk ke Siem Riep (SR) dgn menaiki teksi. 
'Stesen bas' di PP & antara bangunan cantik di....tak pasti pulak aku, PP @ SR.

Dari PP, kami bertolak ke SR lebih kurang pukul 2 petang. Dgn 8 jam perjalanan yg mencabar (jalan rayanya...alahai....), kami tiba di SR lebih kurang pukul 10.30 malam.
Angkor Guest House, tempat bermalam di SR.
Makan malam di restoren muslim. Tah apa namanya.

Makan malam kami yang tidak dapat dilupakan.  Pertama kali dlm sejarah hidup aku, jumpa rambut kemain banyak dlm tomyam. Aku yg memang geli dgn rambut, sampai termuntah-muntah. Akhirnya, digantikan dgn ikan siakap tiga rasa. 

Selepas makan, kami balik bilik utk bersihkan diri dan tidur. Lupa le pulak aku nak snap gambar bilik yg selesa dgn 3 katil besar. 
Daaahhh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih. Moga dirahmati.