Thanks for visiting my blog.

Coretan ikhlas dari hati. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan buat perbaiki diri. Moga dirahmati selalu olehNya.

Ahad, 22 Mac 2020

Kemboja Hari Kelima (10 Disember 2013)

Cerita ditulis pada 22 Februari 2013. Baru nak publish.
Assalam....

Kembali temui kekuatan utk menulis. Diteruskan utk hari terakhir di Phnom Norea Mui. Kami hanya bersiap utk pulang ke Siem Reap dgn menaiki bot besar meredah Sg Mekong & Tasik Tonle Sap. Wow...teruja sekali.

Selepas bersarapan, kami bergambar beramai-ramai (tapi gambar tu tak de dlm noteku.  Jom tgk gambar.



Pintu pagar sekolah di Phnom Norea

Sebahagian kanak-kanak yg teruja bergambar sebelum kami berangkat pulang.

Penduduk kampung mengiringi pemergian kami. Selamat tinggal semua.

Suasana dlm bot besar.

Mama yg cun.....blueekkk

Biar gambar yg berbicara pulak le, ye! Ini gambar yg sempat dirakam sepanjang menyusuri sungai & Tasik Tonle Sap.












 





Kat bawah ni pulak gambar perkampungan yg kami singgah utk menyerahkan barangan derma berupa sejadah dan al-Quran. Kami disajikan dgn makan tengah hari berlaukkan ikan toman segar yg dibakar, ikan berlada dan ulam-ulaman. Kredit gambar utk Alya Nasruddin dan Syahridah Noh.


Bot besar tak boleh masuk. Perlu naik sampan.


Bersampan. Ada berani???

Tengah berkira-kira cam ne nak turun nanti. Hu, hu...
Kak Oshin & Sya tengah berposing sambil menunggu makan tengah hari dihidangkan.


Penghuni kampung tersebut.
Setelah solat Zohor, lebih kurang pukul 2.55 pm waktu tempatan, kami meneruskan pelayaran (belayar le sangat) ke Siem Riep. Nikmatilah pemandangan seterusnya di tengah Tasik Tonle Sap.




Di bawah ni gambar tempat penginapan kami setelah sampai di bandar Siem Reap lebih kurang pukul 6.30 pm. Cantik, kan. $15 kalau tak salah.











Apple Crumble Pie

Cerita ditulis pada 1 September 2014. Baru nak publish.
Assalam...

Sekarang nak cerita pasal pai yg baru aku buat petang tadi. Dah lama berhajat tapi baru sekarang terlaksana.
Resepi diambil dari blog kawan aku "When a working mother cooks". Aku olah sikit dengan kurangkan gula, tak letak hirisan epal sebagai hiasan dan tak letak coklat cip. Boleh rujuk resepi di bawah yang aku copy paste dari blog kawan aku tu.

APPLE CRUMBLE PIE

Bhn Utk Kulit Pastri:
240g tpg gandum
170g mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sb gula aising (aku kurangkan jadi 1 1/2 sb)
4 sb air ais
Penyediaan:
1. Satukan tepung & gula ising dlm mangkuk & digaul rata.
2. Masukkan mentega & gaul semula menggunakan hujung jari sehingga menjadi spt serbuk roti.
3. Campurkan air ais sesudu demi sesudu & gaul rata sehingga menjadi doh.
4. Balut doh dgn plastic wrap & simpan di dlm peti ais selama 30 minit.

Bahan Inti:
5 biji epal hijau (Granny Smith)(aku guna Pink Lady)
1 biji parutan kulit lemon (aku tak letak)
Secubit garam
2 sb mentega
100g gula perang (aku kurangkan kpd 90g)
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sb tepung jagung
2 sb air

1. Epal dikupas kulit & biji dan kmd dipotong dadu. Ketepikan.
2. Panaskan gula & mentega di dlm periuk. Kacau rata & masukkan epal yg tlh dipotong dadu. Boleh dimasukkan sdkt air jika perlu.
3. Renehkan sehingga epal lembut sambil dikacau sentiasa. Reneh sehg pekat.
4. Masukkan garam, serbuk kayu manis & tpg jagung yg tlh dibancuh dgn 2 sb air.
5. Kacau hg kuahnya pekat.
6. Angkat & biarkan sejuk.

Bahan Crumble:
75g tpg gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula (aku kurangkan kpd 30g)
Penyediaan:
1. Gaulkan mentega, tepung & gula sehg menjadi spt serbuk roti.
2. Boleh disediakan awal dan disimpan di dalam peti ais.
Penyediaan Pie:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 220°C & sediakan acuan pie 12"
2. Keluarkan doh pastri dr peti sejuk. Canai doh pastri menjd nipis dgn ketebalan 5mm.
3. Alihkan ke dlm acuan pai. Kemaskan tepinya & buangkan lebihan.
4. Masukan inti ke dlm pai hg penuh. Tinggalkan sedikit hirisan epal sbg hiasan (aku tak letak).
4. Tutupkan ats pai dgn crumble. Hiaskan dgn baki hirisan epal & taburkan sdkit coklat cip (aku tak letak).
5. Bakar pai selama 15 minit pd suhu 220°C. Kmd turunkan suhu kpd 190°C & bakar selama 30-45 minit  hg bhgn ats pai berwarna perang (aku bakar 30 minit je sebab dah perang).

Selepas bersilat di dapur, inilah hasilnya.

Irsyad dan Kudis Api

Cerita ditulis pada 23 September 2015. Baru nak publish.

Assalam....

Hari ni nak citer pasal kudis api Irsyad. Mulanya aku ingat lepuhan kecil tu sebab melecet pakai kasut baru. Pergi klinik biasa dan doktor bagi antibiotik, ubat cuci dan ubat sapu. Tapi, luka tu tak kering. Masih berair. Sebelum balik ke Terengganu, perasan ada lepuhan baru. Mula terdetik yang itu bukan lepuhan biasa.

Di Terengganu, aku ke klinik pakar kulit, Klinik Muhd Sulaiman di Jalan Tok Lam. Datang pukul 9 pagi daftar dapat nombor satu. Malangnya, doktor hanya akan sampai pukul 11 pagi. Makanya, aku melepak di rumah bapak saudara yg berdekatan dgn klinik.

Bila jumpa doktor, doktor kata itu kudis api. Perlu 4 langkah rawatan.
1. Rendam anak dalam air bercampur serbuk ubat selama 20 minit.
2. Sabunkan anak guna sabun Seba Med dan bilas.
3. Sapu ubat pada tempat yang berkudis.
4. Bagi makan 2 jenis ubat yang dibekalkan setiap 8 jam sekali.
InsyaAllah, dalam masa 3 hari akan pulih.

Caj yg dikenakan utk anak aku ialah RM250. Aku yg kena ekzema teruk di tangan pun kena caj RM250. Bapak aku yg melepuh kena minyak panas pulak kena caj RM265. Fuuuuhhh...nasib cukup duit. Itu pun pinjam duit mak aku RM250, hu, hu..

Episod Debar Bersama Periuk Tekananku

Cerita ditulis pada 9 Oktiber 2015. Baru nak publish.

Assalam...

Lama tak ketuk keyboard di sini. Malaih. Tara rajin ni, aku nak citer sikit pengalaman aku bersama periuk tersebut. Aku mula beli pada awal Ogos tapi baru start guna malam ni. Lauk pertama aku masak dgn periuk ni ialah Sup Ayam Bogel sebab tak ada daun sup dan daun bawang. Masak sekadar nak test periuk. Esok aku cadang nak buat sup tulang. Tengok le rupa kejadiannya nanti.

Sebagai pengguna kali pertama, aku ikut langkah seperti yg disarankan. Boh 3/4 air dan stim 15 minit. Episod mendebarkan aku bermula apabila pemasaannya tak bergerak, dok kat 15 tu le dari aku belum mandi, sampai habis mandi. Lebih tambah berdebor bila ada bunyi berdesir dan bau plastik. Huuuwaaaa....aku ketaq dah ni. Apa aku buat ialah tekan butang off pada periuk dan tutup suis pada plug.

Aku biarkan sebentar beberapa minit untuk periuk tu dan aku sendiri bertenang. Aku sedang kumpul kekuatan ni. Aku tetap beranikan diri tuailkan punat pressure kpd steam untuk keluarkan wap dia. Fuuuhhhh....ini pun menakutkan, dgn bunyinya dan percikannya di awal mula. Gggrrr...

Selepas selesai keluarkan wap, aku pun mula hebahkan kejadian dalam group whatsapp utk dapatkan penjelasan dan mencari resolusi. Ada yg kata aku tak tutup tudung periuk dengan rapat le, ada kata getah keliling periuk tu tak pasang dgn betul le, boh air banyak sangat le. Tapi, aku pasti aku dah tutup periuk rapat-rapat dan pasang getah dengan betul. Yg jelas....aku memang boh air banyak (salah kiraan pecahan, daaaaaaa).

Oleh kerana ayam dah terendam, aku gagahkan juga diri untuk masak guna periuk tu. Mcm biasa, aku tumis bawang merah, bawang putih dan halia dengan guna fungsi stir fry sampai kekuningan. Masukkan air, rempah bunjut, garam dan perasa. Tutup penutup periuk dan high pressure utk 18 minit. Waahhhh...kali ni pemasaannya dah bergerak. Tepuk tangan...tepuk tangan...Alhamdulillah.
Mendebarkan tak citer aku (sambil tutup muka). Daaahhh.

Aku Sudah Berjaya

Cerita ditulis pada 11 Mei 2016. Baru nak publish.

Assalam & selamat pagi.

Lama tak merapu di blog sendiri. Nak cerita tentang kejayaan aku. Bukan ini pertama kali aku berjaya, dah banyak kejayaan aku kecapi sebenarnya, alhamdulillah. Tapi kali ni berbeza sikit. Kurasakan ini satu perjuangan dan kejayaan yang paling besar dalam hidup. Sebab apa? Sebab berjaya mengalahkan ketakutan dalam diri.

Takut? Yup...takut untuk bagi ucapan dan buat pembentangan di hadapan khalayak. Herankan...masih takut walau dah berbelas tahun menjadi pensyarah yang saban hari berdepan dengan pelajar dan dipantau pengajaran oleh orang atasan. Takut dan gementar adalah musuhku yang paling besar.

Ceritanya, aku telah didaftarkan oleh suamiku...haaa...(suami yang daftarkan aku tau, bukan aku sendiri yang daftar, ha, ha..) untuk turut serta dalam persidangan antarabangsa berkenaan pendidikan, ekonomi, politik, seni (iCDETAH 2015) anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), (Persatuan Ahli Akademik & Profesional Anak Terengganu (PERAPAT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu yang pertama kalinya diadakan di negeri kelahiranku, Terengganu Darul Iman...negeri anjung ilmu, negeri cantik budaya menarik.

Kertas kerja untuk perbentangan disediakan oleh suami. Aku hanya sediakan power point dan bentang sahaja. Senang? Senang dan susah. Senang sebab tak perlu perah otak buat kertas kerja tapi susah sebab bidang berbeza dan aku perlu faham sebelum dapat buat power point dan bentang. Ko ingat macam bentang tikor ke?

Beberapa hari sebelum bentang, aku dapat tahu dari email yang aku terpilih sebagai salah seorang moderator dalam satu sesi pembentangan nanti. Terus naik semangat. Sebelum ni 50-50 je nak bentang atau tidak. Suami aku tak kisah, dia boleh tolong bentangkan untuk aku. Tapi, aku tak nak ulang kegagalan dulu. Aku perlu usaha sendiri dan rasai kepuasan. Peringkat antarabangsa tu. Ko ada? Ha, ha...
Tapi bila tau aku jadi moderator sebelum bentang, terus aku buat keputusan untuk bentang sendiri kertas kerjaku.

Aku minat untuk jadi pengacara walau penakut gila. Pernah dah dilantik jadi moderator untuk pembentangan peringkat kebangsaan di iCompEx 2015 tetapi di saat akhir terpaksa ganti dengan orang lain sebab Irsyad masuk wad. Huuaaaa....melepas peluang untuk glamor sekejap. Ahaks.

Bila dapat lagi peluang seterusnya, aku bertekad untuk go for it. Tak mau gagal lagi. Walau kertas kerja tu berbeza dari bidang aku (aku bidang kewangan, bentang pasal politik) tapi aku tak mau fikir tentang valid tak valid untuk urusan naik pangkat. Yang penting, aku ada produk, dan nama aku tercatat dalam prosiding antarabangsa. Dua artikel lagi, tau sebab dua-dua suami boh nama aku. Terima kasih, ye encik suami tersayang. Dan satu lagi, aku yang bentang sendiri artikel tu di hadapan khalayak. Tepuk tangan untuk diri sendiri.

Aku jadi moderator pada 24/11/2015 (Selasa) pukul 2 - 3.30 pm. Aku bentang kertas kerja pada hari yang sama pukul 3.30 - 5.00 pm. Itu yang menyebabkan aku kuat semangat untuk bentang. Syukur, alhamdulillah. Allah dah bantu aku. Alhamdulillah, walau tak berapa lancar waktu bentang tapi aku boleh kawal gemuruh dan suaraku tak mengeletar. Itulah kejayaan terbesar aku untuk 24/11/2015. Aku dapat dua sijil hari ni, sebagai pembentang dan sebagai moderator.

Moga Allah terus melancarkan urusan aku selepas ini. Dan InsyaAllah, untuk pembentangan akan datang, aku akan sediakan kertas kerja sendiri atau suruh suami tulis bidang aku pulak. Muahaha...nak ngelat jugak tu.