Bertemu lagi. Minggu ni adalah minggu pertama peperiksaan akhir semester yg akan berlangsung selama 3 minggu bermula Isnin baru2 ni (7/4/13). Pada hari kedua ni dah ada seorang pelajar dari jabatan aku yg ditangkap meniru.
Gambar ehsan Google |
Pelajar tersebut membawa masuk nota dan disembunyikan dlm kertas soalan sepanjang menjawab peoeriksaan. Mungkin dia ingat, dia dah selamat sepenuhnya kerana perbuatannya tak dapat dikesan sepanjang tempoh peperiksaan kertas tersebut.
Tapi, benar bak kata pepatah "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Dia ditangkap sewaktu kertas soalan dikutip semula bila waktu menjawab tamat. Prosedur kat sini, kalau soalan tu ada berbentuk objektif, kertas soalan tersebut perlu dikutip semula. Pelajar ini mungkin terlupa prosedur tersebut dan.....gelap le nasib dia utk semester ini. Kita tunggu je jatuh hukum, ye sama ada 'disebat' atau 'dipancung' terus.
Gambar ehsan Google |
Paper aku lum exam lagi iaitu pada minggu ke tiga dan hari kedua sebelum exam berakhir. Nasib le paper mengira dan pelajar aku pun cuma 34 org. Kacang je tu. Kalau mrk tak jawab soalan, lagi senang aku marking. Hua, hua, hua.....Daaahhhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.