Jumaat tak pergi mana-mana sebab suami ada kelas dgn student PJJ pukul 8 pm. Kul 5 pm dia dah keluar rumah. Sabtu, kami pergi beli baju raya untuk anak-anak. Senang beli awal sebelum puasa. Org tak ramai & tak letih. Tapi, aku letih le sebab aku puasa ganti.
Kat Kedai Emas Poh Kong, tertera atas mejanya harga emas 916 ialah RM155. Aku mula cuak, sebab harga dah naik. Balik rumah, tergerak hati minta suami pergi tengok kedai emas di Jitra. Aku kata aku nak yg dlm harga RM5,000. Minta suami pergi sensorang & pilih le yg berkenan di hati (ni beli guna duit aku, tau! Aku tak habiskan rete suami. He, he...).
Lebih setengah jam, suami tepon minta aku bersiap-siap utk kuar. 'Suspek' ditemui & dah bayar down payment. Nak ambik aku utk pergi 'fitting'. Rupanya kat kedai tu ada diskaun RM24, makanya harga satu gram ialah RM131. Oleh kerana tangan aku kecil macam saiz kanak- kanak, dapat le aku beli seperti harga yg dikehendaki (sebab emas tu kena potong banyak inci).
Makanya, dapat le aku gelang baru. Kira untuk raya le ni. Tapi, ada aku kesah semua tu. Tak de nya nak simpan-simpan, dari kedai lagi aku dah terus pakai. Dah dapat gelang baru, tapi masih tak de mood utk kerja esok. Kuliah dah bermula. Aku tak prepare apapun utk mengajar. Huwaaaaaaaa....!!!!
Emas 916, berat 35.7 g. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih. Moga dirahmati.