Assalam...
Hari ni nak citer pasal jantina baby. Cam ne nak teka hamil baby boy or girl. Kat bawah ni serba sedikit info yg aku copy dari blog
Baby Center. Macam-macam info ada kat sini. Nak tengok gambar perkembangan baby ikut setiap trimester pun ada.
Yg kat bawah ni adalah tanda kebiasaan utk org yg hamil anak lelaki @ perempuan. Baca boleh, nak percaya 100%, jangan. Tulisan merah tu apa yg aku alami sendiri, tau! Ok, teruskan pembacaan anda.
Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
Yg ini aku tak tau sebab doktor tak check kadar degupan jantung baby.
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
Rasanya, kandungan terdahulu, cam ni le perutnya. Yg ni pun cam gini gak. Alahai, boboi lagi ke ni? Hu, hu..
Tidak
- Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
Aku rasa cam biasa je.
Haaaa....yg ini benar utk 2 kandungan sebelum ni. Tak pernah muntah, cuma pening-pening lalat je.
- Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
Ngeh, ngeh...tak de nya nak perasan benda cam gini masa kandungan pertama & kedua. Sekarang pun tiada beza le weehhh!!
- Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
Malas aku nak check le benda cam gini. Susah nak tahu kecik besarnya. Kalau uals rajin, uals check sendiri, ek!
- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
Tanda cam gini pun tak perasan masa kandungan pertama & kedua. Sekarang pun tidak.
- Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
Yg ni aku tak buat & malas nak nyusahkan diri utk buat.
Kulit aku memang sedia kering dari sebelum mengandung lagi.
- Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
Malas aku nak selongkar 'buku merah' utk sahkan teori ini utk kandungan terdahulu. Sorry le.
- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
Tidak pun. Yg dulu2 pun sama.
- Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
Yg ni pun aku tak sukat le weeehhh!!!
- Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
Aku tidur dgn baik sekali. Tak ubah kedudukan. Bantal pun tak bergerak.
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
- Anda tidur mengiring ke kiri.
Tidak. Yg dulu aku tidur bersandar.
- Air kencing anda berwarna kuning cerah.
Yg ni ikut byk mana aku minum air. Kalau byk minum, cerah le dia. Ngok ngek.
- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
Haaiipp....aku selalunya bersopan santun.
- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
Entah. Tak dapat dikesan.
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
- Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
Benar & aku tak de anak pompuan.
Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...
- Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
Entah.
- Perut anda bulat.
Rasa cam muncung ke depan je. Tak pe, tak pe, masih de harapan sebab kawan aku pun perut tajam tapi dapat baby girl.
- Perut anda “tinggi”.
Of course le tinggi. Bukannya sarat lagi.
- Muka anda tidak berseri-seri.
Rasa cam biasa je. Org lain pun tak pernah kata aku nampak lain.
- Anda mengalami mabuk hamil semasa12 minggu pertama kehamilan.
Yg ini betul utk kandungan kali ni. Mabuk aku hilang bila kandungan masuk 13 minggu. Kandungan sebelum ni aku tak pernah muntah, tapi kali ni aku kerap muntah. Apapun, alhamdulillah tak teruk sangat dan aku masih boleh gain weight sepanjang ngandung. Jgn tak tau, aku akan semakin membesar selepas bersalin tapi masih normal di pandangan mata org lain. He, he...
- Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
- Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
Seperti yg telah aku terangkan di atas.
- Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
Yup. Aku suka makan benda manis seperti buah anggur, air berkarbonat, ais krim. Kandungan sebelum ni tak macam gini. Apakah????? He, he....
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
Seperti yg aku bagitau kat atas tadi.
He, he...perasannya gitu le, tapi kering.
- Anda lebih moody (angin tak baik)
- daripada biasa.
Ohhh, tidak. Cuma lebih cepat terasa tapi sikit je.
- Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
Yup, kebiasaannya memang begitu.
- Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkanpersenyawaan itu berlaku.
Yup, kan aku dah kata, aku selalu bersopan santun. Tapi, tengok le, dua anakku sebelum ni lelaki. So, teori ni boleh diragui. Ha, ha, ha...
- Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
Yg ni bohong le. Makan bawang putih, mesti ada bau punya.
- Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
Rasanya masih lebat cam biasa walau selalu gugur bila sikat rambut. Sebelum hamil pun rambut aku memang selalu berguguran.
- Anda tidur mengiring ke kanan.
Kali ni, betul. Aku akan tidur belah kanan hingga ke pagi. Ikut sunnah nabi.
- Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
Seperti yg diterangkan di atas tadi.
- Air kencing anda berwarna kuning samar.
Seperti yg diterangkan di atas tadi.
- Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.
Haaaa...perkataan pertama anakku ialah Babah cum Abah sebab mrk rapat dgn bapaknya.
Cam ne??? Agak-agaknya, baby aku kali ni lelaki ke pompuan? Certeka, certeka. Eerrrr...setakat ari ni aku pun tak tau jantinanya lagi. Tunggu scan seterusnya. Dan kengkawan leh meneka dlm kesamaran sehinggalah aku bersalin nanti. Serpraissss. Ngegada lak dia. Daaahhh