Haaaa.........kat bawah ni le pelapik perut waktu sahurku. Ada lagi satu, oat + susu omega plus. Amacam, ada BERAN? Hu, hu, hu...!!!!
Pages
Thanks for visiting my blog.
Rabu, 31 Julai 2013
3 Sekawan
Haaaa.........kat bawah ni le pelapik perut waktu sahurku. Ada lagi satu, oat + susu omega plus. Amacam, ada BERAN? Hu, hu, hu...!!!!
Boring Gila.....
Gambar ehsan google. |
Isnin, 29 Julai 2013
Aku Dimadu?????
Penat sudah aku menangis & merayu. Dia buat main-main. Aku rasa tak puas hati & kasihankan diri sendiri. Dalam keseriusan & main-mainnya, dia seperti menyatakan sebab musabab aku dimadu tapi tak jelas dipendengaranku.
Aku menangis, merayu & mengugut lagi....lagi & lagi.....tetiba.......terdengar alunan muzik
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Alarm tepon aku berbunyi. Aku tersedar & rasa lemah sendiku. Astagrfirullahala'zim. Nape aku boleh bermimpi sebegitu? Apa yang Allah cuba ilhamkan? Nauzubillah.
Lindungilah aku, ya Allah. Sesungguhnya aku tak kuat untuk berada dalam situasi dimadukan tu. Insaf dengan apa yang sedang dilalui oleh Dayana, isteri pertama Asyraf Muslim. Sampai hati.......
Sabtu, 27 Julai 2013
Sahurku
Anda di luar sana makan apa untuk sahur? Aku tak makan nasi dah. Nasi makan waktu berbuka je. Sahur cuma ambil oat (3 sudu besar oat + 1 sudu besar susu Omega Plus + 1 sudu besar gula perang), minuman protin soya (Energizing Soya Protein ~ ESP) jenama Shaklee (3 sudu besar ESP dengan 400 ml air kosong) dan segelas air kosong untuk makan ubat Eczemaku, he, he....kembung perut dengain air je, aku ni!! Lapar???? Sepanjang puasa aku lebih rasa dahaga dari rasa lapar.
Mana pergi protin Herba Life? Aku stop kejap, mungkin sambung lepas habis Ramadhan. Nape, ek? Sebabnya, aku rasa kandungan protinnya lebih tumpat, susah nak larut dalam air & perlu minum air kosong yang banyak. Aku tak larat nak minum air kosong banyak-banyak dalam bulan posa ni. Lepas berbuka, aku fulled. Akibatnya, aku rasa 'berat' di sekitar buah pinggang. Lain orang, lain keperluan airnya. Badan aku perlukan air yang banyak. Kulit aku pun jenis kering, kurang air.
Lepas posa, aku nak tingkatkan balik berat badan sebab aku dah ada banyak baju baru yang dah dibesarkan ukurannya, khusus untuk tampung berat badan baru nanti. Waktu ambil Herba Life, berat badan aku pernah mencecah 52 kg hingga semua orang perasan kenaikan berat badan aku. Jiran aku, dok sebatu jaraknya pun leh perasan ketembaman pipi aku. Tapi, masa tu aku rasa stress sebab baju aku jadi ketat, tiada baju baru. Aku lupa lak nak cari alternatif pakai jubah. Lagi satu, stress sebab kolestrol aku juga tinggi.
Kini aku stress lagi sebab aku nampak cengkung dan kulit kering. Dengan Herba Life, ia memaksa aku minum banyak air kosong. Aku ni susah nak minum, kecuali bila rasa betul- betul dahaga. Sebut pasal jubah, dah lama aku berangan nak beli dan pakai jubah moden, tapi tak terbeli lagi. Aku tak pernah sekalipun pakai jubah. Raya nanti, aku nak melaram dengan jubah moden lak. Peplum.....tak main le.
Khamis Yang Dinanti
Abaikan meja yang tak berlapik & pinggan hadiah beli sabun tu. Hu, hu...!!! |
Khamis, 25 Julai 2013
Anak-anak Rumah Gemilang
Taklimat nak bermula.... |
Anak-anak sementaraku.....Shahrul, Sofian & Saiful. |
Jumaat, 19 Julai 2013
Sunyi....
Hari ni cuti, walau sensorang, aku gagahkan juga bersilat di dapur. Hari ni masak Daging Kicap Black Pepper dan Telur Mata Lembu je. Cukup le untuk aku sorang. Sebelum ke UUM, suami ada belikan lontong dan ayam goreng untuk Adam (hantar ke rumah pengasuh bersama lontong juga). Boleh aku makan selepas solat terawih nanti. Eeerrrr....aku solat terawih di rumah je. Tak berpeluang ke surau sebab Ahda tak leh dok diam. Dia akan kacau aku dan nak dok di riba aku. Mana nak leh solat cam gitu.
Daging Kicap Black Pepper & Telur Mata Lembu @ Kerbau, je! |
Ahda tak cihat ni...cian dia. |
CSR Rumah Anak YaTim
Boleh jengok di sini. |
InsyaAllah, esok aku & suami akan menyertai Program Shopping Raya dgn anak-anak yatim Rumah Gemilang, Sik, Kedah di bawah Projek Iqra'. Seawal pagi, selepas Suboh aku akan bertolak ke Sik dan membawa anak-anak yatim tersebut ke Mydin, Alor Setar untuk membeli keperluan raya diorang.
Anak-anak aku lak terpaksa ditinggalkan di rumah pengasuh masing-masing. Aci gitu? Takkan nak usung lak sebab Ahda kena 'jintungan'. Dalam bahasa orang putihnya, "chickenpox". Adam lak berpuasa, takut dia letih & boring, tak pasal-pasal dia mintak berbuka lak. Elok-elok nak buat amal, aku tambah dosa lak dgn amarah aku. Hu, hu...aku ni garang cam Kak Ros, tau!
Tak tau jalan ke Rumah Gemilang tu. Urusetia pun bukan orang Kedah. Mereka pesan kalau sesat, tepon Rumah Gemilang, ye! Heran sebenarnya. Cam ne leh buat projek amal dengan Rumah Gemilang, tapi tak pernah jejakkan kaki ke situ. Ada sape-sape leh perjelaskan, dak?
Nanti aku citer lagi tentang perjalanan program tu beserta gambor-gambornya. Eeerrr....rajin ke aku jadi jurufoto esok? He, he...tungguuuuuuu!!!
Daaaahh...
Jumaat, 12 Julai 2013
Kaca Mata Baruku
Spek baruku... |
Spek lamaku |
Kasut Baruku
Kedah cuti sempena 1 Ramadhan. Dikesempatan itu, aku & family pergi ronda dgn Encik Es ke Pacific Hypermarket, Alor Setar. Cari kasut utk kerja, kasut kenduri & kasut raya Adam.
Punya le susah nak cari kasut. Akhirnya ketemu kasut untuk kerja & kasut kenduri (ada gak spesis cam gini, different shoes for different occasion. Penuh kasut di rumah).
Kasut kerja saiz 37 tapi longgar. Saiz 36 tak de. Apa nak buat. Melepas. Kasut kenduri, sedang elok je, saiz 37 gak. Aku pun rembat & En. Suami yg bayarkan. Luv U.
Itu je pun yg aku beli pun. Nak beli jubah raya, tapi aku nak cuba cari di Jitra dulu. Mungkin lebih murah. Nanti aku citer lagi kalau berjaya rembat jubah baru. Jumpa lagi.
Selasa, 9 Julai 2013
Ramadhan, Aku & Dia
Ramadhan tiba lg. Esok umat Islam mula berpuasa. Malam ni dah mula solat terawih. Pagi esok dah mula bangun sahur. Alhamdulillah. Tapi aku........, aku dah mula buat 'hutang' baru. Bak kata Kak Ros, kakak Upin Ipin, org perempuan ni makhluk istimewa. Tuhan sayang lebih.
Akhirnya, yg dinanti dah tiba. Encik Es, PDL XXXX. Gara-gara terlepas nombor yg nak ditempah. Lantak enko le, Labu. Baru tiba dari Penang. Malas aku nak ambik gambor, memalam buta ni. Org dok tengah solat terawih. Esok je le.
Ada satu lagi yg aku tunggu tak tiba ni. Yg tu, nanti-nanti le aku citer. Kalau dah sume aku citer malam ni, esok aku nak citer apa lak. Hu, hu, hu...!!!!
Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Sabtu, 6 Julai 2013
Ramadhan dan Herbalife
Isnin nnt dah tgk anak bulan & insyaAllah, Rabu nnt berpuasa le kita. Untuk itu, aku mula berjinak kembali dgn Herbalife yg aku tinggalkan tanpa sepatah kata. Apa yg aku ngarut ni, he, he!!
Masa aku ambil Herbalife, berat badan aku naik 4 kg (memang itu le sebab aku ambik menda alah ni pun). Masalah mula timbuk bila kenaikan berat aku selari dgn pertambahan kolestrol. Perut juga buncit, baju dah mula ketat. Makin tak selesa bila badan rasa berat, peha pun berselisih bila berjalan & ketat di bwh ketiak (byk isi, maaaaa).
Ramai yg perasan dgn pertambahan berat badan aku termasuk le pelajar, jiran, ibu & sedara-mara. Sampaikan jiran sepelaung pun tegur yg pipi aku tembun. Seronok? Rimas sebenarnya sebab byk baju tak leh pakai & bentuk badan buah Pear lagi memburukkan keadaan. Besar ke bawah, you!
Aku juga frust dgn tahap kolestrolku. Itu le akibat pandai makan tapi tak bersenam. Sia-sia usaha aku & duit ribu-riban yg aku laburkan utk Herbalife. Aku stop ambil Herbalife & fokus utk kurangkan kolestrol. Bukan salah Herbalife, tp salah aku. Huuuuaaaa..
Aku dah kurus semula & kolestrol juga dh turun, tapi BMI aku normal. Muka pun dah nampak cengkung. Makanya, aku kena ambil Herbalife di bulan puasa ni supaya berat badan aku tak turun lebih teruk. Nnt aku update lg, ek!
Asam Pedas Punya Pasal
BP: 123/65
Asam Pedas Anak Ikan Selar...hu, hu!!! |
Jumaat, 5 Julai 2013
Menunggu Ia Tiba
Alhamdulillah, tahniah untuk kawan-kawanku yg sedang berbadan dua, yg menunggu waktu & yg sedang berpantang. Nikmatilah saat terindah dalam hidup kalian. Ingatlah bahawa di luar sana ramai yg menantikan saat itu. Termasuk le aku. Tp, aku ni kes tak tragis sebab dah ada 2 cahaya mata lelaki.
Aku sedang menunggu 'hari cuti' ku tiba. Rasanya, tak sempat le aku nak nyambut posa pd 1 Ramadhan ni. Yg tak bestnya, walau aku tak leh posa, aku tetap dikira 'posa' (posa makan), lebih-lebih lg kalau kat ofis. Tak gamak aku nak makan, walau sorok-sorok (sembunyi).
Yg tak best keduanya ialah aku akan dapat 'cuti' lagi beberapa hari sebelum raya. Aduuuuusss....!! Tak de feel raya le cam ni sebab dah tak posa & tak solat sunat raya & tak selesa.
Kalau le Allah bagi aku 'rezeki' yg membolehkan aku posa penuh.....alangkah bertuahnya. Tapi, kalau ikut logik, tak le. Di sisi Allah, tiada yg mustahil. Tunggu je.
Selasa, 2 Julai 2013
Mana Nak Ku Letak Muka??????
Mood tak bagus....uwwwaaaaaaa!!!! |