Assalam...
Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan. Buzz anak aku dah sampai dan aku sambung ceritanya lagi.
Bungkusan Buzz dah sampai pada 2 Disember (Selasa) (tapi baru sedar pada 4 Disember (Rabu). Itu pun suamiku yang pergi buka peti surat jiran di Fasa 1 tu dan tengok ada notis tak dapat serah barang. Jiran tu tak tengok peti surat pun. Orang bujanglah katakan, bukan bekerluarga maka, tak seperihatin kita.
5 Disember (Khamis), aku pergi ambil di Pejabat Pos Laju. Makanya, lengkaplah misi mencari Buzz. Buzz dah berada di tangan Ahda.
Jejari boleh diluruskan |
......dan dibengkokkan |
Tangan boleh diangkat dan dipusing |
Boleh buka sayap dan lampu akan berkelip-kelip |
Lutut juga boleh dibengkokkan |
Tapak kaki ada cap perkataan Andy...he, he..
Termakbul sudah impian anak aku, Ahda. Moga boleh kekal lama le si Buzz ni. Daaahhh.