Nak tunggu compressor aircond ofis dibaiki, entahkan bila. Makanya, aku beli le kipas angin sendiri. Comel je. Bukan tak de yg besar, masaelahnya ialah mana nak letak. Kawasan kecik sangat, mengalahkan kadang kambing. Lagipun, tak mau ada kertas yg terbang. Sabor je le. Daaahhh.
Pages
Khamis, 31 Oktober 2013
Persiapan ke Kemboja
Assalam ....
Waktu hari terakhir kursus hari tu, aku telah ke Padang Besar utk beli barang kelengkapan ke Kemboja.
Aku beli beg sandang (backpack) beg silang & seluar sukan. Kasut sukan pulak aku beli kat kedai Al-Ikhsan. Puma RM219. Hambik ko. Ada berani.
Daaahhh.
Rabu, 30 Oktober 2013
Exam Final Punya Jawapan
Assalam...
Dari 21/10 hingga esok, 30/10/2013 (2 minggu) sedang berlangsung peperiksaan akhir sesi Jun 2013. Oleh kerana pada minggu pertama peperiksaan, aku berkursus, makanya pada minggu ke dua, tiap-tiap hari le aku kena jadi pengawas peperiksaan.
Bayangkan, kena dok melengung tengok pelajar jawab kertas soalan. Bila rasa ngantuk, bangun round bilik peperiksaan. Bosan gila & membuang masa aku nak marking jawapan pelajar. Aku tak leh buat kerja marking-marking ni kat rumah. Tak de mood.
Dan lagi tak de mood bila jawapan pelajar tu macam tak pernah belajar & diajar. Tapi, ada gak yg bisa buat hati aku kembang setaman. Tapi, semester ni lagi banyak yg bisa buat aku kekurangan gula dlm darah je (apa kaitan ni??). Daaahhh.
Ahad, 27 Oktober 2013
Aplikasi Blogger for Android...masalah dah selesai
Beberapa hari lepas, aku ada luahkan kekecewaan aku dengan Note 3. Tup, tup...ari ni aku temui jawapan pada masalah aku.
Nape sebelum ni aku gagal post citer aku ke blog? Sebabnya, fail tu berat dengan gambar yg aku setkan image upload size pada large size. Bila dah ubah pada small size, baru leh post.
Satu lagi pulak, pasal bateri yg sangat cepat habis. Selepas aku uninstall program atau software yg tak perlu, baru le 'berjenis' bateri dia. Lega dah sikit. Itu je le yg nak citer pun. Daaahhhh.
Kursus Keusahawanan le sangat..
Assalam...
Minggu lepas, aku berkursus selama 5 hari (20/10 - 24/10/2013) di Hotel Sri Malaysia, Kangar, Perlis. Walau bilik disediakan, tapi kami yg terdiri dari mak-mak orang ni bertabah ulang-alik ke Jitra (car pool).
Bukan nak citer pasal intipati kursus yg aku hadiri tapi nak sambung citer kembara hotelku. Ha, ha...
Ni gambar yg aku sempat snap (ekceli banyak kesempatan, cuma segan dgn peserta lain. Tak mau le over gitu). Daaahhh.
Sabtu, 26 Oktober 2013
Kecewa sesangat
Sob, sob....huuuwaaaa...!!! |
Rabu, 23 Oktober 2013
Akhirnya Kau Kumiliki
Assalam...
Pada Sabtu, 19 Oktober 2013, Samsung Galaxy Note 3 akhirnya menjadi miliki aku. 3 kali pergi balik dari Jitra ke Sentosa Mall, Alor Setar utk urusan peminangan.
Kali pertama aku pergi pada sebelah pagi. Aku lupa bawa tepon lama, Samsung Galaxy SL utk copy data. Duit pun belum keluarkan lagi. Suami cadangkan balik rumah dulu utk ambil tepon & terus keluarkan duit. Pukul 4 pm kami tiba setelah lama terperangkap dlm kereta krn hujan lebat.
Harga jualan Note 3 ni RM2199. Sepatutnya RM2399. Murah sikit sebab tak ambik cover original. Beli cover lain & tinted semuanya RM120. Gilakan bila tinted yg elok katanya RM40. Aku tengok elok lagi tinted yg aku dapat free masa beli Samsung Galaxy SL tu. Nasib le kalau kena 'kencing' dgn diorang. Oleh krn suami trade in tepon lama Sony Xperia, dapat le kurang RM150.
Balik rumah utk caj bateri, 5 masalah pulak bila power bateri semakin kurang (caj tak masuk). Sebelum pukul 8, selepas solat kami dah berada di Sentosa Mall. Rupanya alat pengecas kami tu rosak. Dah ditukar yg baru, barulah ok.
Masalah seterusnya muncul bila tak tahu guna S-pen. Tapi, yakin bukan pen tu yg rosak, aku yg tak reti guna.
Godek-godek sana sini, baru le tahu cam ne nak keluarkan semula menu air commandnya tu.
Ketidakpuasan hati yg seterusnya ialah bila bateri cepat sangat habis bila onkan wifi. Tah le. Ni le bahana canggis sangat. He, he...rasakan. Daaahhh.
Toyato Vios Baru yg Memang D'boom
Assalam...
Terpikat hingga rasa nak tukar Almera dgn Vios ni. Tapi, Almera 1.5cc yg rega lebih RM80,000, baru 1 tahun guna laku takat RM50,000 je, baik aku blah. Simpan je le keinginan tu di hati. Tu yg aku ngajuk pi beli Samsung Galaxy Note
3 tu. Hu, hu...Daaahhh.
Rabu, 9 Oktober 2013
iComEx 2013 di POLIMAS
iCompEx ni ialah ringkasan utk Innovation & Invention Competition through Exibition. Ini adalah program utk menggalakkan inovasi & rekacipta produk mahupun perkhidmatan di kalangan pelajar. Mana-mana produk atau perkhidmatan yg bermutu & ada potensi utk dipasarkan akan dipatenkan. Program ini berlangsung dari 7 - 9 Oktober 2013.
Peserta tediri dari pelajar semester akhir program Diploma Pemasaran dari Jabatan Perdagangan (JP) dan pelajar semester akhir dari Jabatan Kejuruteraa Awam (JKA), Elektrik (JKE), & Mekanikal (JKM).
Terdapat pelbagai katogeri yg dipertandingkan antaranya food & beverages, product & services, binaan, booth tercantik dan lain-lain.
JP memenangi katogeri food & beverages dgn produk Instant Steam Boat, katogeri binaan dgn produk Madu Kelulut (binaan sarang utk kelulut) & katogeri booth tercantik dgn servis Mobile Car Wash.
Walau bermacam cerita yg tidak enak didengar, namun keputusan perlu diterima dgn hati terbuka. Kalah menang, itu adat pertandingan. TAHNIAH buat para pemenang serta semua penyelia yang terlibat. Daaahhh.
Selasa, 8 Oktober 2013
C-Mart BDI Milik Chin Hin Runtuh
Gambar diambil oleh kawan ofis aku. |
Ramai orang awam menyaksikan bagai pesta le pulok! |
Gambar runtuhan dari jarak dekat. |
Lagi gambar runtuhan dari jarak dekat. |
Ahad, 6 Oktober 2013
Iktikad Raya & Kereta Mewah
Sabtu, 5 Oktober 2013
Rumah Idaman
Assalam...
Kalian dah ada rumah sendiri? Aku dah ada tapi suami yg beli, bukan aku punya. Harta sepencarian je. Hu, hu..
Aku sebenarnya teringin nak ada rumah sendiri yg dibina atas tanah sendiri dengan rekabentuk rumah yg dipilih sendiri. Kalau boleh kali ni nak buat rumah di Terengganu pulak.
Tapi, apakan daya. Aku tak de tanah. Bapak aku punya ada le. Takkan nal paksa dia bagi kat aku, kot! Kalau aku anak tunggal, no hal le. Ni aku ada 2 lagi adik beradik lain. Sabor je le.
Di bawah ni rumah yg aku tengok di Terengganu. Dekat dgn rumah mak bapak aku. Tapi, tak de le aku nak beli sebak kecik & 2 tingkat. Tak larat den nak mendaki tangga. Tangga rumah aku sekarang yg 1 1/2 tingkat ni pun aku tak pernah naik, kecuali ada tetamu datang. Aku naik atas utk sapu & mop lantai. Macam homestay pulok rupanya. Daaahhh.
Aku dan Kerjaku
Masih ada 2 longgok tugasan pelajar yg belum disemak. Malas betul aku kalau bab semak tugasan berbentuk esei ni. Kalau bentuk pengiraan, sat saja dah selesai.
Ada satu tugasan tu, skema pulak tak lengkap. Bila le kawan aku nak bagi skema ni. Haiyaaa!!
Untuk jaga kesihatan diri, aku tak lupa ambil supplement GLA Shaklee. Patutnya 1 biji 2 kali sehari. Tapi, dalam 'tak lupa' tu siang je aku makan, belah malam tak makan. Sebabnya...tak nampak di mata. GLA dok dalam handbeg. Ha, ha, ha...!!! Daaahhh.
Suamiku Tak Romantik
Assalam...
Bukan mood rajin datang utk update tapi yg post sebelum ni aku baru publish setelah diperap sebagai draft. Hu, hu..
Ni nak citer lagi. Bukan pasal suami aku, tapi pasal novel "SUAMIKU TAK ROMANTIK TAPI AUTISTIK" karya Farisha Imani.
Citer ni santai je. Tak banyak konflik. Citer berkenaan seorang lelaki yg dulunya normal kemudian berubah jadi autistik. Seorang gadis dinikahkan dgnnya atas kehendak bapak gadis tu dgn alasan utk tutup malu ditangkap basah. Walhal, bapak ni dah tahu yg lelaki tu normal, ada hati kat anak gadisnya & lebih baik dari calon menantu yg dia berkenan dulu.
Kesudahannya...walaupun aku lum habis baca tapi setakat ni, semua novel yg aku dah baca akan berakhir dgn bahagia (happy ending). Daaahhh.
Cucur Pulut Sarawak
Cucur pulut ni seperti pisang goreng, cuba lapisan kulitnya dibuat dari tepung pulut, dibalut pada pisang & digoreng. Aku mula kenal cucur ni setelah kahwin dgn suami aku ni. Tapi, baru kali inilah aku cuba membuatnya sendiri.
Sabtu lepas kan aku dah citer yg aku pergi rumah sepupu suami di Parit Buntar. Mak kpd sepupu suami tu tengah buat cucur pulut ni. Sambil tolong dia balutkan pisang, aku tanya le resepinya. Katanya, cucur ni hanya terdapat di kampung Debak sahaja di Sarawak tu. Setelah aku olah, begini le citer & kejadiannya:
BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1sudu kecil gula kastor
1 - 2 sudu kecil minyak (aku guna mentega)
Sedikit air (utk bancuh hingga boleh dikepal)
1sudu besar susu tepung (aku tambah. Aku nak guna susu cair, tp nak kena tebuk tin baru. Malas weeiihh!!)
4 - 5 biji pisang awak @ pisang emas @ apa2 pisang yg anda suka).
CARA-CARANYA:
1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum, gula, garam & susu & minyak ke dalam bekas bersih.
2. Tambahkan air sedikit & gaulkan semua bahan sehingga ia boleh dikepal. Kalau adunan berderai tambah sikit air @ minyak. Kalau cair, tambah sedikit tepung pulut.Bila adunan boleh dikepal, ketepikan.
6. Panaskan minyak dgn api sederhana & goreng hingga keperangan. Tadaaaa...dah siap.
Biarkan sejuk sikit sebelum di makan. Hati-hati dgn isi dalamnya yg panas.
Selamat Mencuba!!! Daaahhh.
Zoo Taiping Utk Kesekian Kalinya
Siem Reap Charity Project
Ingat lagi dak, Ramadhan lalu aku & suami serta kawan ofis melibatkan diri dlm program Shopping Raya utk anak2 yatim di Sik, Kedah. Kini aku dalam usaha utk terlibat dlm program amal peringkat antarabangsa (cheeeewah....kelas bunyinya) di sebuah kampung di Siem Reap, Kemboja.
Kali ni aku tak bawak suami sebab perlu berada di sana selama seminggu (7 - 11/12/13). Kalau suami aku ikut, sape nak jaga anak? (Apapun, aku dah dapat keizinan untuk pergi sana. TQ, suamiku. Muuaahh!!)
Bukan murah kos nak ke sana. Sebelum pergi pun beribu habis utk bayar kos yuran keahlian, pndftrn, backpack, kasut, baju, tambang kapal terbang pergi balik. Pengangkutan, penginapan & makan minum di sana nanti.
Itu le namanya kerja amal. Kalau ada org sponser sukarelawan tu, bukan beramal namanya. Ada sape yg berminat boleh isi borang di website ini: http://ourtouch.org/membership/. Daaahhh.